"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam penghormatan ke atas Nabi Muhammad S.A.W"-Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad-

Wednesday, October 26, 2011

Perkara yang perlu disediakan untuk menjadi agen unit trust Public Mutual

Menceburkan diri sebagai perunding unit amanah Public Mutual adalah suatu keputusan yang BIJAK. Dengan hanya modal yang sangat kecil tentulah anda tidak mempunyai apa-apa risiko untuk rugi. Bahkan dengan komitment anda menimba ilmu pengetahun tentang pelaburan unit amanah beserta kekuatan diri membina jaringan pelanggan, anda bakal mengubah hidup anda, keluarga dan mereka yang tersayang.

Perjalanan seribu langkah bermula dari langkah yang pertama. Anda hanya:

1) Perlu menyediakan bayaran pendaftaran termasuk yuran peperiksaan sebanyak RM250
2) 6 keping gambar bersaiz passport
3) 2 salinan kad pengenalan photostat atas muka depan
4) 1 salinan muka depan buku akaun public bank (kena buka akaun kalau belum ada-minimum RM250 untuk pembukaan akaun). Urusan pembayaran omisyen hanya melalui akaun Public bank
5) Sijil asal beserta 1 salinan SPM, diploma, degree (salah satu)
6) Tandatangan borang contract of agency (disediakan oleh referral agent)
7) Sekeping borang statutory declaration(SD Form disediakan oleh referral agent). Mesti dapatkan cop dari suruhanjaya sumpah atas borang tu.

Setelah semua perkara di atas telah di hantar ke mana-mana cawangan Public Mutual, anda perlu :
1) Menghadiri kursus 1 hari yang diadakan antara Isnin hingga Jumaat 8am~5pm (Tarikh boleh dipilih).
2) Kemudian perlu menduduki peperiksaan CUTE selama 2 jam pada tarikh dan masa yang juga boleh dipilih.

Setelah anda lulus ujian CUTE tersebut, maka anda telah BERJAYA dan akan ditauliahkan sebagai seorang perunding unit amanah yang SAH.

Semoga berjaya.

No comments: