Begitulah tazkirah Lan kepada semua orang yang dia jumpa setelah menjadi perunding insurans. Insurans semakin menjadi keperluan bagi yang meletakkan keutamaan dalam bab persediaan diri menghadapi hidup yang sementara di dunia yang sangat mencabar ini. Bukanlah maksud berjudi dengan RM200 untuk dapat RM50,000 tetapi inilah satu skim yang diluluskan akta bahkah diluluskan syariah. Maka, pentinglah insurans pada setiap orang yang memahami diri untuk lebih bersedia.
Apakah pula insurans akhirat? Suatu pulangan yang lebih besar di akhirat dari pelaburan yang sedikit di dunia. Mungkin itulah terjemahan yang sesuai untuk menyatakan pada maksud insurans.
Nikmat Allah sangat luas pada hambanya |
Allah hiaskan dunia dengan segala kecantikkan untuk melihat hambanya yang manakah yang bersyukur |
Allah sangat gembira bila hambanya memohon keampunan dariNya kerana pada masa itu hambanya yang berdosa itu masih hidup bertuhankanNya. Begitulah kasih sayangnya Allah pada kita. Bayangkan, buat dosa kemudian minta ampun dan Allah ampunkan tetapi dosa yang sama dibuat lagi dan Allah tetap akan mengampunkan selagi kita sentiasa bertaubat padaNya. Begitu luas Rahmat Allah. Sombonglah kita jika terlalu kedekut untuk beristighfar pada Allah.
Begitulah besarnya ruang yang Allah sediakan. Ringannya beban risiko yang Allah pertanggungkan. Tetapi amat sedikit yang beriman pada Allah kerana sibuk mencari harta dunia sehingga alpa dalam mencari insurans akhirat.
Rebutlah peluang yang Allah sediakan sebelum terlambat. Melaburlah segala kudrat yang ada untuk membeli insurans akhirat yang Allah tawarkan. Yang sudah beramal, marilah kita tambahkan amalan. Yang masih jauh dengan Allah, marilah kita dekat dekatkan diri di jalanNya. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit, tenaga dan emosi untuk menuntut ilmu dunia, apa salahnya kita peruntukkan sebahagian darinya untuk menuntut ilmu yang akan menjadikan kita seorang insan yang bertaqwa. Semakin banyak kita membeli insurans akhirat, semakin besar pulangan yang Allah sediakan di akhirat nanti. InsyaAllah.
2 comments:
Terima Kasih tuan atas peringatan yang berharga ni.
Insurans Akhirat yang saya dengar berbunyi begini:
Sabda Nabi S.A.W
kutinggalkan kepadamu dua perkara (urusan), tidak akan tersesat selama-lamanya selagi kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah RasulNya
Tambah Rasullullah lagi..
"Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"
Begitulah saya hanya menyampaikan...
Alhamdulillah.. terima kasih tuan
Post a Comment