Kita semua mempunyai impian dan mungkin sebahagiannya melibatkan kos yang tinggi. Tetapi, impian kita itu boleh menjadi kenyataan dengan cara pelaburan yang betul. Unit Amanah (Unit Trust) adalah pilihan pelaburan yang tepat untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan anda dalam masa sederhana dan panjang. Semakin awal anda mula melabur, semakin tinggi potensi pulangan anda.
"Pelaburan yang bijak boleh menjadikan anda sangat kaya sekiranya anda tidak tergesa-gesa" -Warrent Buffett-
Apakah itu unit amanah?
Satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpul wang bersama-sama bagi dilabur oleh pengurus dana professional dalam satu portfolio sekuriti.
Manfaat menlabur dalam unit amanah
1) Pengurusan dana secara professional
Unit amanah diuruskan oleh para professional yang diiktiraf yang memastikan bahawa setiap keputusan adalah berstruktur dan berdasarkan prinsip pelaburan yang bijak dan tepat
2) Kepelbagaian
Unit amanah membantu anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dalam sebuah portfolio sekutriti bagi meminimumkan risiko dan kemeruapan.
3) Pertumbuhan modal/aliran pendapatan
Unit amanah memberikan anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan/atau aliran pendapatan sebagai pulangan pelaburan anda
4) Kecairan
Unit amanah membenarkan anda membeli dan menjual pelaburan anda dengan senang dan pelabur juga akan menerima hasil penebusan dalam masa 10 hari sahaja
5) Kemudahan dan kemampuan
Anda boleh memulakan pelaburan dengan hanya RM1,000 dan pelaburan tambahan minima sebanyak RM100 (cash) atau RM1000 bagi setiap pengeluaran KWSP.
6) Pendedahan pelaburan
Unit amanah membolehkan anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dan mendapat pendedahan kepada kelas-kelas aset dan/atau negara-negara yang berlainan
7) Jaminan Pengawalan
Unit amanah adalah dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan para pelabur
8) Manfaat pulangan berganda
Unit amanah memberi anda peluang melabur semula pendapatan/pengagihan untuk mengumpul kekayaan. Elemen penting dalam pulangan berganda ialah masa - semakin lama tempoh masa, semakin besar pertumbuhannya.
Manfaat memulakan pelaburan awal dan kos penangguhan tindakan
Menyimpan sejumlah wang yang besar bagi merancang persaraan anda atau pendidikan anak merupakan satu tugas yang amat mencabar tetapi dengan masa dan kuasa faedah berganda, anda akan kagum betapa cepatnya peningkatan jumlah dana anda jikalau anda membuat pelaburan secara tetap. Contohnya:
[Anda boleh mencapai wang simpanan RM1 juta dengan melabur RM220 setiap bulan dalam satu dana pelaburan selama 40 tahun*]
Oleh itu, memulakan pelaburan awal mempunyai manfaat yang sangat baik tetapi menangguhkannya akan meningkatkan kos anda. Contohnya :
[Jika anda mula melabur 10 tahun lebih awal (tempoh masa 50 tahun)
Anda hanya perlu melabur RM90 setiap bulan dalam satu dana pelaburan bagi mencapai wang simpanan RM1 juta*]
[Jika anda menangguhkan tindakan anda selama 10 tahun (tempoh masa 30 tahun)
Anda perlu melabur RM550 setiap bulan dalam satu dana pelaburan bagi mencapai wang simpanan RM1 juta*]
(*andaikan kadar pulangan adalah 9% setahun. Angka ini merupakan satu andaian semata-mata dan tidak menunjukkan prestasi masa dahulu atau hadapan untuk mana-mana dana unit amanah)
Mula tingkatkan wang anda dengan Public Mutual
Mengapa?
Pemimpin Industri
1) Public Mutual adalah pemimpin dalam industri unit amanah swasta di Malaysia dan menguasai 44% daripada keseluruhan pasaran unit amanah swasta di Malaysia
2) Dalam mengekalkan kedudukan No.1 dalam industri, Public Mutual menguruskan lebih daripada 70 dana dengan nilai aset bersih berjumlah RM44.8 billion untuk lebih daripada 2,000,000 pemegang akaun.
3) Sebagai anak syarikat milik penuh Public Bank berhad. Bank ke-3 terbesar di Malaysia.
Rekod yang unggul dalam memenangi anugerah
Pengurus dana unit amanah yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia, iaitu melebihi 150 anugerah utama sejak 1999
Pengalaman yang luas
Mmepunyai 30 tahun pengalaman dalam pengurusan dana
Public Mutual menawarkan siri dana-dana unit amanah yang meluas bagi memenuhi keperluan pelaburan anda. Sama ada anda seorang pelabur agresif, sederhana atau konservatif, Public Mutual mempunyai dana yang sesuai untuk anda.
Sekiranya anda ingin melabur bersama Public Mutual, fadhilhussin.publicmtual@yahoo.com sedia membantu memenuhi impian pelaburan anda
1 comment:
As Salam saudara Fadil,
Saya dapati award yang dimenangi oleh Public Mutual 9 dari 10 award adalah bond. Mcmana dengan dana dana ekuti?
Post a Comment