Pasaran saham minggu lepas menunjukkan kejatuhan 7 hari berturut-turut bagi pagi pasaran US dan juga Eropah akibat dari situasi krisis kewangan yang melanda mereka. Keadaan itu memaksa pasaran BSKL juga berada pada aliran menurun. Pelabur dilihat sangat berhati-hati untuk memasuki pasaran memandangkan isu utama yang berlarutan ini dilihat sebagai suatu risiko yang perlu diberi perhatian.
KLCI telah mencatatkan rekod tertinggi indeks pada 8 July 2011 pada 1,597.08 mata dan kemudian menjunam keparas 1,310.63 mata pada 26 September 2011 iaitu penurunan sebanyak 287 mata dalam tempoh kurang 3 bulan. Segalanya bermula apabila berita menakutkan mengenai krisis hutang Amerika yang mencapai tahap maksimum limit dan penurunan taraf kredit Amerika menyebabkan pelabur mula menjauhi pasaran. Kemudiannya, episod pasaran menjunam bersambung dengan krisis hutang eropah. Sedikit harapan dilihat apabila para pemerintah negara-negara eropah mula menunjukkan kesungguhan dan kerjasama untuk menangani dengan langkah, strategi dan cadangan-cadangan baru yang dilihat memberi sedikit harapan untuk mengelak situasi menjadi lebih buruk. Ianya dilihat peluang kepada pelabur yang akhirnya memasuki semula pasaran pada Oktober lepas sehinggan indeks BSKL naik 183 mata daripada paras terendah sebelumnya.
Saya merasakan krisis ini bukanlah sesuatu yang mampu dibaiki secara drastik untuk melihat hasil yang baik. Ia akan mengambil masa dan komitment yang tinggi dari pihak pemerintah untuk lebih bijak dalam menguruskan ekonomi negara masing-masing. Saya juga merasakan isu ini akan meletakkan pasaran saham dunia termasuklah negara kita ini akan berada di dalam situasi "yoyo".
Barita baiknya mungkin sedikit "support" akan diberi oleh pihak kerajaan bagi mana-mana negara yang akan menghadapi pilihanraya bagi mengekalkan kestabilan ekonomi serta pasaran saham untuk jangkamasa pendek.
Indeks BSKL mungkin akan menguji paras 1424 mata dalam masa terdekat. Melepasinya ke bawah akan membawa kepada paras 1380 mata. Bagi aliran menaik, indek akan menguji paras 1453 mata dan sekiranya indeks mampu melepasi paras ini, mungkin sedikit harapan untuk melihat indeks kembali keparas 1493 mata.
Bagi pelabur unit amanah, dengan menggunakan strategi pemurataan nilai ringgit dengan membuat pelaburan secara berterusan, anda mungkin perlu consider untuk menambah pelaburan anda sekarang pada harga yang lebih rendah.
No comments:
Post a Comment