Pernahkah anda bercakap tentang melabur? Atau pernahkah anda mendengar kawan-kawan anda berbicara tentang pelaburan? Anda mungkin berminat untuk meneruskan bacaan anda sekiranya anda peminat melabur.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda perlu kenali siapakah "kawan" yang paling rapat dengan anda yang selalu menasihati anda untuk membuat sesuatu keputusan samada beli atau jual sesuatu produk, asset, saham, dana unit amanah, komoditi dan seumpamanya untuk merealisasikan sesuatu transaksi pelaburan yang anda putuskan. Anda juga perlu tahu keuntungan atau kerugian nyata (real) hanyalah akan berlaku setelah transaksi 'beli' dan 'jual' berlaku. Tanpa salah satu transaksi tersebut atau tanpa kedua-duanya maka keuntungan atau kerugian itu hanyalah bersifat'on paper' sahaja dan tidak real. Sebahagian portfolio pelaburan anda pula mungkin melibatkan naik turun harga seperti saham, unit trust, produk komoditi sepeti emas, perak dan seumpamanya.
Anda tentu setuju bahawa konsep asas kepada keuntungan sesuatu pelaburan ialah beli pada harga murah dan jual pada harga tinggi. Konsep yang sangat simple tetapi kenapa anda masih rugi dalam melabur? Jawapannya ialah kerana "kawan" anda selalu memberi nasihat yang salah kepada anda. "Kawan" anda itu ialah "hati dan perasaan" anda sendiri. Adakah anda percaya bahawa anda selalu membiarkan hati dan perasaan anda membuat keputusan bagi anda? Mari kita lihat bagaimana cara orang yang rugi dalam melabur berfikir...
Graf ini menunjukkan aliran naik turun harga atas suatu portfolio pelaburan. Di setiap pergerakan harga akan ada orang yang berfikir untuk membeli dan ada yang berfikir untuk menjual.
Sekiranya cara anda berfikir sama seperti gambarajah ini, anda perlu sedar bahawa anda akan sentiasa rugi dalam melabur.
Oleh itu, saya ingin menasihati anda supaya memperbetulkan "kawan" anda itu tadi supaya tidak mengikut hati dan perasaan. Hanya orang yang menggunakan ilmu dan kebijaksanaan akal untuk mentafsir ilmu akan menang kerana 'ikut hati anda mati' dan 'ikut rasa anda binasa'.
Anda mampu mengubahnya...
No comments:
Post a Comment