"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam penghormatan ke atas Nabi Muhammad S.A.W"-Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad-

Tuesday, October 11, 2011

Public Dana Ittikal Sequel (PITSEQ) - Dana baru dilancarkan October 2011

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual akan melancarkan sebuah
dana Islam baru, Public Dana Ittikal Sequel (PITSEQ) pada 11 Oktober 2011.
PITSEQ merupakan sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat untuk mencapai
pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata, “Ekonomi
Malaysia dijangka menunjukkan pertumbuhan berdaya tahan sebanyak 4.8%1 dan
5.3%1 dalam tahun 2011 dan 2012 masing-masing, disokong oleh perbelanjaan
pengguna yang kukuh serta pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan. PITSEQ
memberi anda peluang untuk mengambil bahagian dalam potensi pertumbuhan
pasaran ekuiti melalui pelaburan ekuiti patuh Syariah dalam portfolio pelbagai
syarikat berkaitan indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek
pertumbuhan dan disenaraikan di Bursa Sekuriti.”

Beliau menambah, “PITSEQ dilengkapi dengan perlindungan takaful percuma
bagi Perlindungan Hayat Kumpulan dengan Hilang Upaya Sepenuhnya dan Kekal
di samping Kemalangan Diri Kumpulan bagi pemegang unit yang berumur di
antara 18 hingga 59 tahun dengan minimum NAB (nilai aset bersih) sebanyak
RM5,000 pada bila-bila masa. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.”

Bagi mempelbagaikan pelaburan, PITSEQ boleh melabur sehingga 30% daripada
NAB dana dalam pasaran-pasaran luar negara terpilih. Pasaran-pasaran luar negara
yang boleh dilabur oleh dana ini termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan,
Jepun, Hong Kong, Negara China, Negara Thai, Indonesia, Filipina, India,
Australia, Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.
Pendedahan ekuiti PITSEQ adalah di antara 70% hingga 98% daripada NAB dana.
PITSEQ adalah sesuai bagi pelabur-pelabur agresif yang ingin mengambil
bahagian dalam potensi pertumbuhan jangka masa sederhana hingga panjang
terutamanya melalui pelaburan ekuiti patuh Syariah Malaysia.

Harga terbitan permulaan PITSEQ ialah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang
tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 11 Oktober hingga 31 Oktober
2011. Pelaburan permulaan minimum bagi dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan
tambahan minimum ialah RM100. Di sepanjang tempoh tawaran tersebut,
bayaran perkhidmatan promosi istimewa serendah 5% daripada harga
terbitan permulaan seunit ditawarkan ke atas pembelian unit PITSEQ oleh para
pelabur. Para pelabur yang memilih untuk melabur dalam PITSEQ dengan
menggunakan Arahan Debit Terus semasa tempoh tawaran juga akan menikmati
bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.25% NAB seunit selagi Debit Terus itu
masih aktif. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

PITSEQ diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual.
Pelabur-pelabur yang berminat boleh menghubungi mana-mana perunding unit
amanah Public Mutual atau dail Talian Perkhidmatan Pelanggan 03-6207 5000
untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana tersebut.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia,
menguruskan sebanyak 90 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2.5
juta pemegang akaun dan pada 29 August 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang
diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM42.4 bilion.

No comments: