Pepatah ada mengatakan, wang bukanlah segalanya tetapi segalanya adalah wang... termasuklah bajet yang dibentangkan ini yang tidak lari daripada urusan wang dan seumpamanya. Aku sendiri pun membuat bajetku untuk tahun depan malah untuk 5 tahun akan datang pun dah ku anggarkan angka-angkanya.. dan yang paling aku takuti untuk kulihat ialah diakhir perkiraan belanjawanku itu negatif (-) yang bermakna pendapatanku kurang dari perbelanjaan walhal perbelanjaanku hanyalah kepada yang 'asas' yang menjadi keperluan untukku dan keluargaku hidup di abad ini... Ini cukup menyakitkan kerana aku terpaksa berikhtiar untuk mencari pendapatan tambahan bagi menjadikan bajetku tadi 'break even' iaitu tak lebih dan tak kurang. Apakah cara yang paling senang untukku menambah pendapatan? Iya.. dengan hanya isi borang 5 minit dan dapat wang tentulah jawapan ialah 'berhutang'... hahaha... Berapa tak cukup? 5,000 je.. oklah, aku hutang 5,000.. settle masalah.
Settle masalah? Bagaimana bolehku kata settle masalah.. bukankah aku sedang mencipta masalah? Bolehkah aku bayar hutangku itu sedangkan aku tidak mempunyai lebihan dalam bajetku? Adakah aku tahu yang aku akan mampu bayar tahun depan, atau 2 tahun lagi, atau 3 tahun lagi, sedangkan RM100 yang kumiliki hari ni dapat ku beli keperluan dapur kami belum tentu dapat kubeli keperluan dapur itu dengan jumlah yang sama di tahun-tahun yang akan datang. Wang kertas yang ku pegang hari ini menyusut nilainya dari hari ke hari.. oh sedih... Aku menjadi manusia yang paling bodoh sekiranya terus menerus menyelesaikan masalahku dengan cara berhutang. Siapa yang akan menanggung hutang-hutangku kelak sekiranya aku tidak mampu membayarnya nanti? anak-anakku? cucu-cucuku? oh bertambah hinalah aku di dunia dan hinanya aku di akhirat kelak... Na'uzubillah.. Aku harus menjadi orang yang bijak sana supaya aku dikenang sebagai ketua keluarga yang baik kelak...
Ketakutanku terhadap perkara hutang ini membawaku untuk mencari sesuatu dalam catatan bajet 2012 yang dibentangkan kerajaan yang memerintahku hari ini.. Aku mencari jawapan bagi persoalan adakah perbelanjaan melebihi pendapatan atau sebaliknya atau seimbang kedua-duanya...
Aku mula teringat krisis hutang yang bertukar menjadi tragedi menakutkan yang berlaku di Amerika baru-baru ini yang berkesudahan dengan 'penyelesaian yang menambah kesengsaraan' dan begitu juga krisis hutang Eropah yang juga menjadi tragedi yang menggegar dunia hari ini. Pembesar-pembesar mereka juga sedang berusaha 'menutup luka di tangan kiri dengan membuat luka baru di tangan kanan'. Adakah kita juga sedang mengikuti jejak langkah mereka? Arghhhhhhh... suatu penganiayaan dalam senyuman... satu lagi episod sandiwara
Aku semakin tertekan memikirkan cara yang bakal diambil oleh kerajaan nanti untuk mencari duit lebih di masa akan datang kalaupun tidak sehingga peringkat membayar hutang, kerajaan perlu pastikan belanjawan defisit ini tidak terus meningkat naik pada masa depan. Yang ku tahu pendapatan kerajaan paling utama hanya satu iaitu "CUKAI". Cukai yang akan menjadikan rakyat marhaen ini menjadi "POKAI". Yang kaya semakin kaya dan yang miskin menjadi pokai.
Aku berdoa semoga suatu hari Allah mengurniakan kepadaku sebuah 'ketua' yang bijaksana untuk tidak berhutang. Hutang itu menyakitkan dan sangat menakutkan kepada generasi keturunanku kelak... Perlumbaan hidup sebegini sangat menyesakkan nafasku... semoga anak cucuku nanti tidak lagi menyebut 'aku, bajet dan hutang nenek moyangku'
1 comment:
bg aku..selagi kita hidup di dunia ini..selagi itu kita akan berhutang....
mn mungkin kita tak berhutang.....
Post a Comment