Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Adakah anda rasa terbeban dengan cukai pendapatan yang tinggi? atau adakah anda mencari-mencari bagaimana cara untuk kurangkan cukai anda? Sebahagian dari kita ada yang ambil kisah dan mungkin sebahagian lagi tak kisah tentang hal ini. Persoalannya, adakah amaun yang dibayar itu terlebih atau terkurang? Siapa yang membuat kiraan cukai kita sekiranya kita bekerja makan gaji?
Iye.. memang berlaku kes lebihan bayaran kepada pihak LHDN dan ini tentulah menjadi hak kita untuk menuntut semula wang tersebut. Dan jika berlaku sebaliknya mungkin anda hanya mengambil sikap berdiam diri kan... tetapi harus di ingat, sikap berdiam diri itu mungkin akan menyebabkan anda di denda..
Di sini saya ingin kongsikan tips bagaimana untuk mengurangkan cukai pendapatan individu yang perlu di bayar kepada LHDN.
1) Zakat
Bayar zakat melalui potongan terus secara bulanan. Cara ini akan dapat kurangkan potongan cukai berjadual (PCB) anda. Sebanyak mana zakat yang anda bayar, sebanyak itulah rebet yang anda nikmati. Sekiranya zakat yang anda bayar melebihi amaun cukai pendapatan individu yang perlu dibayar kepada LHDN, anda tidak perlu lagi untuk membayar cukai pendapatan tersebut kepada LHDN
2) Pendidikan anak dan takaful pendidikan
Banyak skim-skim simpanan untuk menabung dan takaful pendidikan untuk anak-anak di tawarkan oleh syarikat-syarikat berkaitan dan juga swasta seperti tabungan dalam SSPN, takaful pendidikan dan lain-lain lagi. Pelepasan cukai maksimum bagi individu yang menabung ialah sebanyak RM3,000
3) Pembelian buku, majalah dan jurnal
Paling penting untuk anda menyimpan setiap resit pembelian samada anda membelinya dari kedai buku POPULAR, MPH Bookstore, Pustaka Mukmin dan lain-lain ataupun pembelian yang dibuat secara online juga boleh dapat rebet. Pelepasan cukai RM1,000 diberi untuk anda.
4) Failkan cukai secara berasingan bagi individu yang telah berkahwin
Bagi individu yang telah berkahwin, langkah ini melayakkan setiap individu mendapat pelepasan cukai sebanyak RM8,000 bagi pasangannya
5) Tingkatkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Anda boleh memohon kepada majikan anda untuk membuat pemotongan lebih dari kadar biasa 11% dan ianya akan mengurangkan amaun layak cukai anda.
6) melanjutkan pelajaran pasca graduan untuk golongan dewasa
Sekiranya anda masih membuat masa, minat, keinginan untuk melanjutkan pelajaran, anda perlu ambil kira yang kos pengajian anda itu layak untuk mendapat rebet cukain pendapatan anda
7) Pembelian barangan sukan
Pelepasan cukai maksimum RM300 untuk pembelian alatan sukan setahun. Simpanlah resit sebagai bukti.
8) Insuran hayat dan takaful keluarga
Pelepasan cukai sebanyak RM6,000 (dikongsi dengan caruman KWSP). Ini tidak termasuk takaful pendidikan. Sebaik-baiknya insuran hayat dan takaful dipisahkan
9) Bayaran Perubatan untuk ibu bapa
Peruntukan untuk pembayaran tersebut akan mendapat pelepasan cukai sebanyak RM5,000
10) Pembelian komputer setiap 3 tahun
Pelepasan cukai RM3,000 (sekali setiap 3 tahun)
11) Beli hartanah yang bernilai RM250,000 dan ke bawah
Pelepasan cukai sebanyak RM2,000
12) Buat pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan (Full Medical Checkup)
Maksimum pelepasan cukai adalah sebanyak RM500
Perlu diketahui sekiranya anda membuat lebih dari 7 tuntutan pengurangan cukai pendapatan individu sama ada secara dalam talian atau melalui borang, anda mungkin akan diaudit oleh pihak LHDN. Jadi, pada masa itu, anda perlu untuk menyerahkan segala dokumen bukti dan resit bagi memudahkan proses audit yang dijalankan.
Sekiranya anda didapati membuat tuntutan yang tidak dapat dibuktikan secara dokumen yang sah, anda mungkin akan dikenakan denda oleh pihak LHDN.
Kesimpulannya, pada asasnya anda mempunyai hak ke atas wang anda. Tetapi oleh kerana undang-undang telah termaktub pekerja yang layak cukai akan dikenakan cukai pendapatan individu, maka anda perlulah mengikut saluran dan cara yang betul supaya anda mendapat hak anda dengan cara yang paling mudah.
2 comments:
Adah Ka Caruman Sindari boleh potong untuk cukai
sindari pun boleh.. ;)
Post a Comment