Takbir!!! Allahuakbar..
Alhamdulillah, tahniah dan berbanyak terima kasih kepada para think tank (Ukhti Atifah & Ukhti Ayu Mariana and the geng) yang berjaya merealisasikan hari mahabbah cinta alam 2011. Gathering pada 17 & 18hb June 2011 menjadi satu lagi peristiwa yang cukup fantastik, nostalgia dan bermakna dalam diari para alumni khususnya yang hadir dan umumnya kepada semua ahli.
Ana sekeluarga tiba di kem sri raudhah Gombak lebih kurang jam 11.00 malam 17hb.. satu kawasan agak "pendalaman" yang terpencil dari hiruk pikuk kesibukan kota batu. Melihat signboard "Kem Sri Raudhah Gombak" berzaiz 3"X4" terpacak di bahu jalan membuatkan kami terus berhenti dan parking di pinggir bukit yang indah bersebelahan dengan kereta Zulkifli yang diparking bersebelahan dengan kereta Zahid. Anak-anak kami masih lagi segar mata menanti keseronokan percutian keluarga di suatu tempat yang belum pernah kami lawati.
Untuk sampai ke tempat berkumpul/tempat menginap, kami terpaksa menuruni anak tangga cerun dengan bersuluhkan lampu handphone.. dan akhirnya.. Alhamdulillah kami bersua muka dengan sahabat-sahabat yang sudah sekian lama tidak bersua..
Zaujah ana dan anak-anak terus memasuki satu ruang dewan bertemu para muslimat yang masih rancak berchit chat.. Ana pula disambut oleh Zaki yang sedang khusyuk membaca paper melayan keheningan malam seorang diri di bawah teduhan pondok yang dibina.
Assalamualaikum! Mana yang lain, ana memecahkan kesunyian bertanyakan Zaki.. Zaki mula membilang sahabat2 yang hadir... Zahid tubik gi ambik Kharil Hazmie yang baru tiba dari Riau...Zulkifli balik rumah jap kat Damansara ambik barang, Johan dah tidur penat drive dari KB.. adik-adik kampus Hafiz, Firdaus, Hakimi & Haris pun dah tido penat drive dari KB. OKlah kita layan borak dululah takyah kacau yang tido..
Lebih kurang jam 12 malam, Zahid muncul dengan K.Hazmie yang masih lagi macho dan first time ana tengok dia tak pakai cermin mata lani. Mungkin dia pakai contact lens atau mungkin dia sudah pulih dari rabunnya itu dan sekali tengok mukanya macam Khairul Anwar pun ada gak dengan bojennya yang sebijik.
Kami beralih ke dalam dewan dan chit chat bertambah rancak dari 2 menjadi 4 orang. Kemudian muncul plak Zulkifli menjadilah 5 orang.. Muslimat sudah mula masuk ke kamar masing-masing.. Muslimin apa lagi... agenda zaman bujang kembali. Kami berempat kuar ke seluruh pelusuk Gombak nak beli towel untuk K.Hazmie jam 12.30 pagi... Mak oi, mana ada kedai nak jual towel malam-malam ni cek.. Almaklumlah, saudara kita ni ingatkan menginap di hotel/resort berbintang-bintang siap dengan layanan towel.. tapi sebenarnya inilah yang menjadikan HAMCA 2011 bertambah fantastik. Nasib baik Zul tak join kitorang sebab balik rumah jap bersama zaujah dan anak bongsunya. So, K.Hazmie akhirnya dapat towel dengan menyuruh Zul bawak towel extra untuk dipinjam.
Selesai agenda mencari towel kami teruskan dengan agenda jalan-jalan cari makan. Agak bagus tempat HAMCA kali ini sebab berhampiran dengan restoran-restoran yang hebat dan makanan yang sedap. kami singgah di kedai makan gelas besar. Zahid order mee goreng, K.Hazmie layan nasi tomyam, Zaki hirup sup daging je dan ana minum barli suam sebab diet :) haha... sambil makan sambil borak, sambil borak sambil gelak, sambil gelak layan HBO. Movie apa tak tahu.. Ini kalau Pok Din ada, Amin ada, Dzorif ada, Nuar ada, Razani ada, semua yang lain-lain lagi ada. memang bertambah-tambah lagi lah nostalgianya.. Jam dah pukul 1 lebih kami pun angkat sauh nak balik "hotel" Dinner kali ni di bayar oleh orang kaya Zahid. Duit Khairial Hazmie tak laku sebab dia nak bayar guna duit Riau 50,000 rupiah.. silap-silap ngan restoran2 dia beli..
Mata dah rasa berpinar-pinar dah, rasa mengantuk dah mula tangkap kepala.. Kami pun balik kem. Sembang tak habis lagi, sambung pulak kat dewan tadi.. sembang punya sembang Khairil Hazmie pulak buat hal... dia kata nak mandi kolam pulakkk pukul 2.30 pagi ni air bukit plak tuu.. satu hari suntuk dia tak mandi lagi ni katanya.. Waduh-waduh patut lah dari tadi baunya semacem pak. So, kitorag bertiga pun cakap kat dia, you jump I jump.. langsung dia jump masuk kolam sedalam 1.5meter.. memang tragislah malam itu.. kami berempat mandi kolam air bukit jam 3 pagi... hua hua hua... (gambar sempat dirakam oleh Zahid dengan h/p nya tapi dinasihatkan agar tidak didownloadkan dalam mana-mana blog/internet di Malaysia) Sambil mandi, sambil mesyuarat dan beberapa resolusi telah dibuat pada malam itu. Antaranya, bersih 2.0 yang akan dianjurkan pada 9hb Julai ini kena hadir. Pastu, pilihanraya ke-13 nanti wajib pangkah calon PR.. Dekat sejam berendam barulah kami akhirnya akur dengan kehendak mata. Masing-masing tidur lebih kurang jam 3 pagi lebih..
Program disambung semula dengan sarapan pagi mihun goreng disediakan oleh pihak kem. Then acara sukaneka berlangsung. Pagi ni kami diserikan lagi dengan kehadiran Razani yang datang sorang2 sebab Wan Nuraini ada kursus katanya dan anak tinggal kat nursery. Samhan bersama isterinya Siti Nor serta anak dan satu lagi pasangan yang ana tak sempat nak tanya nama dia tapi rapat dengan Zaki. The best part of this sukaneka is pihak penganjur berjaya mengadakan beberapa acara permainan yang menarik untuk kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan, pasangan suami isteri dan untuk yang bujang pun ada.. Sangat menarik dan memberi satu lagi nostalgia ukhuwah yang sukar dilupakan. Next time harap dapat teruskan acara sukaneka ni dan lagilah best kalau kehadiran lagi ramai kan?
Alhamdulillah, majlis penyampaian hadiah diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah berupa souvenier barangan honda seperti Topi, Sun Shade & T-Shirt Honda sponsor by ana hehe. Then kepada para bapa kami sekeluarga berikan hadiah khas tanda ingatan ucapan sempena hari bapa dan satu lagi sebenarnya telah berlaku satu kelupaan oleh pihak penganjur iaitu hadiah cabutan bertuah berupa sebuah basikal kanak-kanak berharga RM150 yang ingin disampaikan oleh Zahid.. so, simpan untuk tahun depan Zahid ye tapi tambah lagi RM150 supaya dapat basikal orang dewasa plak.
Majlis diakhiri dengan mesyuarat penutup dan resolusi HAMCA 2011 yang akan dipanjangkan oleh urusetia kepada ahli-ahli semua. Sessi photographi beramai-ramai menjadi kemuncak acara sebelum penutup. Lunch nasi gulai ayam dan ulam timun pun boleh tahan jugak tengahari tu. Selesai makan, ada yang balik, ada yang sambung terjun kolam (ana,Zaki,Johan,Hakimi,Firdaus,Hafiz,Haris) ada yang bawak anak-anak mandi sungai, ada yang tidur, ada yang sembang dan yang penting semua yang hadir menunjukkan kepuasan yang tidak terhingga dan dalam erti kata suatu pertemuan yang amat bermakna, fastastik dan penuh nostalgia.
Kepada penganjur, tahniah dan syabas kami sekeluarga ucapkan di atas usaha penat dan lelah antum. Hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan kalian.
Kepada sahabat yang hadir, terima kasih dan semoga pertemuan singkat ini mengeratkan lagi ukhuwahfillah kita semua
Kepada sahabat yang tidak berkesempatan bersama, tanamlah niat dari sekarang untuk hadir pada HAMCA 2012 insyaAllah kerana kehadiranmu dirindui dan persahabatan kita ditagih kembali..
Sebagai penutup terimalah sebuah nasyid nostalgia popular pada zaman ana & the geng dulu bertajuk "Melodi Perpisahan" nyanyian kumpulan Lambaian Kasih kalu tak silap.
_____________________________________________________________________________________
Bertahun kita bersama satu cita-cita
Menuntut ilmu bekalan jiwa
Segala onak dan duri sama ditempuhi
Menuju redha Ilahi
Setiap pertemuan ada perpisahan
Demikianlah lumrahnya alam
Tiada yang dapat lari tentuan Ilahi
Segala tertulis sejak azali
Sekarang masa berpisah
Kenangan pahit indah
Tentu terpahat di sanubari
Maafkan silap dan salah
Kita insan yang lemah
Yang kuasa hanya Rabbul 'Izzati
Doakan kebahagiaan ditetapkan iman
Buat menempuh semua cabaran
Mudah-mudahan semua ditentukan Syurga
Bahagia mendapat restu yang Esa
_____________________________________________________________________________________
(P/S gambar kena tunggu sahabat lain download; Zahid, Zul, Razani harap upload gambar sepantas mungkin)
4 comments:
ana Dzorif hadir tapi masa anta tak hadir lagi.... ana antara yang hadir terawal tapi bila anta ada ana tak de... tulah takdir terpaksa ana telan untuk satu penantian yang panjang lagi.. entah bila penelanan ini berakhir... hatiku terlalu rindu dengan sahabat seperjuangan ana yang hanya dalam kenangan doa rabitah mathurat ana shaja..
Jauh di mata dekat di hati.. sesungguhnya diantara doa yang tiada hijab adalah doa dari seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain dalam keadaan sahabatnya tidak mengetahui. Semoga doa anta yang baik-baik itu menjadikan ikatan persahabatan alumni kita ini bertambah utuh dan dirahmati.. Takbir!! Allahuakbar!!!
Mohon maaf banyak2. Ambo baru tau jah HAMCA, itupun lepas ada sahabat muatnaik gambar dalam FB.
Tapi ambo pernah berprogram di tempat ni.
Kenangan mengusik jiwa... :-)
Post a Comment