"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam penghormatan ke atas Nabi Muhammad S.A.W"-Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad-

Friday, January 7, 2011

Melabur Wang Anda (bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tulisan ini mungkin boleh memberikan sedikit panduan dan maklumat kepada anda sebelum anda memutuskan untuk melabur atau tidak. Sekiranya anda mempunyai simpanan, anda mungkin mencari sesuatu yang boleh memaksimumkan pulangan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum anda melabur samada yang boleh dilakukan atau perlu dielakkan apabila melabur. Perkara paling asas sebelum anda melabur, anda mesti tahu tujuan pelaburan anda iaitu matlamat dan objektif kewangan anda.

Perbezaan pelaburan dan simpanan
Simpanan pada umumnya hampir tiada risiko. Pada bila-bila masa kita boleh mengambil semula wang kita dan hanya sedikit faedah yang diberikan (2%-3%) setahun atas sebab anda mendepositkan wang tersebut kepada institusi perbankan.
Manakala dalam pelaburan anda mungkin kehilangan sebahagian/sepenuhnya wang anda dan mungkin anda menggandakan wang anda dalam sesuatu tempoh masa yang mungkin lebih awal yang anda jangkakan.
Pulangan yang lebih tinggi ini adalah ganjaran bagi tahap risiko yang lebih tinggi yang anda telah ambil.

Merancang pelaburan anda
Jangan sekali-kali melabur kemudian berserah pada nasib (luck) atau mengikut khabar angin. Anda mesti membuat perancangan yang teliti. Luangkan masa untuk memahami keadaan pasaran, buat sedikit penyelidikan atau rujuk kepada mereka yang lebih tahu/pakar.Terdapat 4 langkah yang perlu anda tahu sebelum melabur:

Langkah 1 : Tahu mengapa anda hendak melabur?
a) Matlamat kewangan : adakah anda ingin melabur kerana ingin membeli kereta, rumah, persediaan untuk anak melanjutkan pelajaran, bercuti atau merancang persaraan yang selesa?
b) Objektif pelaburan : mengekalkan kuasa beli bagi amaun pokok yang dilaburkan, sumber pendapatan, untuk meningkatkan nilai aset bersih atau kesemua yang disebutkan.

Anda boleh mencapai matlamat dengan melabur simpanan anda berdasarkan jangkamasa apabila matlamat kewangan anda boleh dicapai.

Langkah 2 : Tahu isu utama yang perlu diambil kira apabila melabur
Anda perlu mengambil kira kemampuan & keupayaan anda untuk melabur sebelum anda membuat pelaburan. Anda perlu pertimbangkan perkara seperti berikut:
- berapa banyak wang anda untuk komitmen jangka sederhana & panjang?
- Adakah anda benar-benar tahu produk yang anda hendak laburkan?
- Adakah pelaburan yang dirancang sesuai dengan portfolio keseluruhan anda?
- Sudahkah anda membandingkan pulangan bagi pelaburan lain yang sama?
- Adakah anda memahami risiko yang terbabit dan adakah anda tahu tahap kerugian yang boleh anda tanggung?
- Apakah jangkaan anda terhadap pulangan daripada pelaburan anda?
- Berapa lama tempoh pelaburan anda? ( 5 tahun, 10 tahun dsb)
- Adakah anda mempunyai fleksibiliti untuk mencairkan pelaburan berkenaan ketika anda terdesak?
- Bagaimana anda boleh memantau prestasi pelaburan anda secara berterusan berbanding dengan keperluan anda yang berubah-ubah?

(ikuti sambungan bahagian 2 yang akan datang...)

No comments: