"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam penghormatan ke atas Nabi Muhammad S.A.W"-Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad-

Thursday, December 1, 2011

Tinjauan pasaran saham pada 1 December 2011

Terkini : Sekumpulan bank-bank pusat yang terdiri daripada 6 bank utama negara-negara maju yang diketuai oleh Federal Reserve dan diikuti dengan European Central Bank, Bank of England, Bank of Japan, Bank of Canada dan Swiss National Bank telah melancarkan pelan tindakan bersama dengan menyediakan pinjaman USD kepada bank-bank Eropah pada kadar yang rendah iaitu mereka memotong swap kadar kecairan dolar Amerika Syarikat(AS) sebanyak 50 mata asas yang akan dibiayai dalam tempoh terdekat. Dalam masa yang sama juga People's bank of China juga mengurangkan kadar keperluan reserve bank untuk pertama kali sejak 2008 sementara Thailand dan Brazil turut serta mengurangkan kadar masing-masing pada minggu ini.

Pengumuman yang besar ini dibuat sebelum pasaran saham Amerika dibuka menyebabkan indeks utama Amerika dan Eropah melonjak 3%-5% semalam. Sentimen pasaran dilihat akan meneruskan impak yang sangat positif sementara penggubal policy ekonomi negara-negara Eropah akan meneruskan agenda memperbaiki situasi ekonomi dan pencapaian fiscal negara masing-masing.

Pasaran saham tempatan dijangka akan kembali kepada aliran menaik hari ini rentetan tindakan bank-bank pusat ini yang mencipta kecairan dalam pasaran pada tahap yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan harga untuk semua asset.

Sebahagian besar penganalisis pasaran saham melihat ini adalah permulaan bagi rally pasaran yang dijangkan akan berterusan untuk beberapa minggu mungkin sehingga perayaan tahun baru Cina nanti. Mereka juga telah meletakkan pasaran pada fasa "bullish trading".

No comments: