"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam penghormatan ke atas Nabi Muhammad S.A.W"-Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad-

Monday, August 31, 2009

Salam Pertemuan Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum

Assalamualaikum w.b.t,

Hanya padaMu kami serahkan segala kudrat, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah S.A.W. Hamba yang lemah..memohon padaMu agar dikurniakan taufiq dan hidayah untuk menghadapinya..

Air dicincang tidak akan putus,
seerat simpulan tak akan terbuka,
kita mengharungi badai atas nama kasih insan bersaudara..


Kepada seluruh ahli keluarga tercinta, isteriku Asma Julia Abdullah.. terima kasih di atas sokonganmu yang tak berbelah bagi buatku selama ini.. kepada anak-anakku Uwais Alqorni, Qistina Balqis dan Umair AlQudri semoga menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah, berjaya dunia dan akhirat.. di mana ada Tuhan disitu ada jalan.. di setiap usaha disitu ada tawakkal padanya..


Kepada sahabat, semoga kehadiran secebis coretan ini menjadi penghubung silaturrahim di antara kita buat menemani untuk terus mencari puncak cinta teragung.. terima kasih kuhulurkan di atas sokongan yang diberikan...

Alqorni.blogspot.com diilhamkan untuk mencari damai yang hilang bagi menghiasi permaidani kehidupan seorang hamba yang sering leka. Ingat mengingati mendidik hati agar bertafakur di kesyahduan dalam mencari kasih dan rahmat dari yang Maha Mencipta..

InsyaAllah diharapkan kehadiran Alqorni.blogspot.com dapat menjadi sebuah permata yang dinanti, teman di kesunyian, penghibur di kala kesedihan, sebuah perkongsian dan panduan sebuah perjalanan suatu kehidupan atas nama kasih insan bersaudara..

Maaf dihulurkan diatas kekurangan yang telah dan mungkin akan terjadi sepanjang perjalanan alqorni.blogspot.com dek kerana faktor kepakaran ilmu dan pengetahuan celik it yang terhad..

Semoga diberkati Allah, dirahmati di dunia dan akhirat.


Wassalam.



Muhammad Fadhil @ alqorni.blogspot.com


10 Ramadhan 1430H 1.50AM


31 Ogos 2009