"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam penghormatan ke atas Nabi Muhammad S.A.W"-Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad-

Monday, February 4, 2013

Saturday, February 2, 2013

Di Mana Public Islamic Select Treasures Fund (PISTF) Laburkan Wang Anda

Tahukah anda sehingga 30 November 2012 dana PISTF telah meletakkan pelaburan anda di dalam 58 buah syarikat besar yang tersenarai di dalam KLSE.
Cuba anda teliti nama-nama syarikat di bawah, mungkinkah anda juga salah seorang pekerja di dalam syarikat tersebut?

Betapa wang yang terkumpul daripada orang ramai yang memiliki matlamat pelaburan yang sama untuk jangkamasa sederhana dan panjang telah dilaburkan di syarikat-syarikat yang berkembang maju dan berpotensi untuk setaraf dengan syarikat-syarikat utama seperti PETRONAS, TM, AXIATA, TNB dan lain lain lagi pada masa depan.
Kadar risiko juga sangat kurang kerana keupayaan 58 buah syarikat ini telah melalui proses penapisan dan saringan yang ketat oleh pengurus dana sebelum mendapat kelulusan ketua pengarah.
Ibarat kata "satu rosak masih ada 57 lagi" yang secara keseluruhannya mampu memberi pulangan dividen dan pulangan modal yang tinggi untuk tempoh sederhana dan jangka panjang.


Anda bolehlah mengenali syarikat syarikat di atas dengan melayari laman web http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/list-of-companies/main-market

Marilah bersama-sama menjadi pelabur yang berjaya.

Friday, February 1, 2013

Insurans akhirat

Hai Mat, kau dah ambik insurans ke? Tanya Lan kepada kawan pejabatnya.. Kita kena buat persediaan Mat, sebab yang pasti semua orang akan mati. Sekurang-kurangnya kita meninggalkan orang tersayang dalam keadaan ada bekalan. Kau simpanlah RM200 sebulan Mat, at least kau dah ada RM50,000 untuk waris kalau  berlaku apa-apa pada kau nanti...

Begitulah tazkirah Lan kepada semua orang yang dia jumpa setelah menjadi perunding insurans. Insurans semakin menjadi keperluan bagi yang meletakkan keutamaan dalam bab persediaan diri menghadapi hidup yang sementara di dunia yang sangat mencabar ini. Bukanlah maksud berjudi dengan RM200 untuk dapat RM50,000 tetapi inilah satu skim yang diluluskan akta bahkah diluluskan syariah. Maka, pentinglah insurans pada setiap orang yang memahami diri untuk lebih bersedia.

Apakah pula insurans akhirat? Suatu pulangan yang lebih besar di akhirat dari pelaburan yang sedikit di dunia. Mungkin itulah terjemahan yang sesuai untuk menyatakan pada maksud insurans.
Nikmat Allah sangat luas pada hambanya
Rebutlah peluang yang Allah hidangkan kepada kita. Solat berjemaah 27 kali lebih besar dari solat bersendirian. Bersedekahlah, Allah akan menggandakan dengan 10 kali ganda dan bermacam-macam lagi tawaran Allah kepada hambanya. Tetapi amat sedikit yang mencari insurans akhirat yang dipromosikan oleh Allah melalui nabiNya Muhammad S.A.W.
Allah hiaskan dunia dengan segala kecantikkan untuk melihat hambanya yang  manakah yang bersyukur
Setiap roh anak Adam itu bersumpah mengakui bahawa hanya Allahlah tuhan yang mencipta. Alangkah derhakanya kita setelah dilahirkan kita hidup berlalu tanpa melaksanakan sumpah semasa di alam roh itu. Tetapi Allah tidak sedikitpun berkehendak kepada hambanya untuk memberi makan. Bahkan Allahlah yang memberi kita makan. Walau banyak mana pun dosa kita pada Allah, Dia tetap menunggu-nunggu hambaku yang manakah yang ingin memohon ampun padaku. Allah sangat tahu kita yang berdosa ini akan mengulangi kembali dosa yang sama walaupun kita dah bertaubat. Tetapi Allah tetap akan memaafkan hambanya yang sentiasa bertaubat.

Allah sangat gembira bila hambanya memohon keampunan dariNya kerana pada masa itu hambanya yang berdosa itu masih hidup bertuhankanNya. Begitulah kasih sayangnya Allah pada kita. Bayangkan, buat dosa kemudian minta ampun dan Allah ampunkan tetapi dosa yang sama dibuat lagi dan Allah tetap akan mengampunkan selagi kita sentiasa bertaubat padaNya. Begitu luas Rahmat Allah. Sombonglah kita jika terlalu kedekut untuk beristighfar pada Allah.

Begitulah besarnya ruang yang Allah sediakan. Ringannya beban risiko yang Allah pertanggungkan. Tetapi amat sedikit yang beriman pada Allah kerana sibuk mencari harta dunia sehingga alpa dalam mencari insurans akhirat.

Rebutlah peluang yang Allah sediakan sebelum terlambat. Melaburlah segala kudrat yang ada untuk membeli insurans akhirat yang Allah tawarkan. Yang sudah beramal, marilah kita tambahkan amalan. Yang masih jauh dengan Allah, marilah kita dekat dekatkan diri di jalanNya. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit, tenaga dan emosi untuk menuntut ilmu dunia, apa salahnya kita peruntukkan sebahagian darinya untuk menuntut ilmu yang akan menjadikan kita seorang insan yang bertaqwa. Semakin banyak kita membeli insurans akhirat, semakin besar pulangan yang Allah sediakan di akhirat nanti. InsyaAllah.